Friday, June 5, 2009

Tahniah....

Lebih kurang pukul 5 petang td ( 5 Jun 2009 ) aku menerima panggilan dari kawan lama yang juga bekas ckgu di SMK Seri Rompin iaitu Zamri ( dalam gambar kt atas yg dok sebelah kanan ustaz yg pakai songkok tu ) yg skrng mengajar di negeri kelahirannya Kelantan.Zamri membuat panggilan dari KBMC ( Kota Bahru Medical Center ),lepas menjawab panggilan aku terus bertanya kpd zamri " isteri bersalin dh ke??"....Zamri menjawab " belum lg,tp saya ada satu soalan nk tanya dan mintak pendapat Tini "..dalam hati aku masalah apa plak ngan Zamri ni??? Napa perlu tanya aku?????
Aku pun bertanya " ha nak tanya apa???"....Zamri berkata " isteri saya dh kuar air ketuban tapi tak sakit,saya pun bawa la ke KBMC ni,doc dah masuk 3 kali ubat dh tapi tak juga sakit dan tak terbuka gak jalannya..jadi doc memberitahu kalu sampai 4 kali masuk ubat tak juga bersalin pembedahan perlu dibuat segera takut baby lemas,saudara saya suruh bawa isteri ke hospital besar Kota Bahru...pendapat tini mcm mana????"...
ooooo itu masalahnya...saya pun menjawab " tak yah pedulikan orang lain,yg penting skrng ni keselamatn isteri dan baby zamri...duit boleh cari "....Zamri pun berkata " betul gak tu..okey la tini "..perbualan kami berakhir di sini....
lebih kurang pukul 8 malam aku menerima sms dari Zamri yang berbunyi
" alhamdulillah..syukur dapat anak perempuan.Operate pukul 7.05 ptg di KBMC.2.9 kg "...
emmm lega la dah selamat sume...Tahniah untuk Zamri dan isteri.....

Thursday, June 4, 2009

Kawin....kawin...kawin.....

Aduss sejak 2 menjak ni sume orng dok cakap pasal kawin.mana taknya sume berebut2 menggunakn cuti sekolah ni utk wt knduri kawin.aku plak boleh dikatakn setiap hari dlm cuti sekolah ini ada jemputan dari seluruh pelusuk Malaysia ni..utara??timur??selatan??barat?? sumenya ada....dh x larat aku setiap dok mkn ns knduri ni,yg x tahannya lauk lebih kurang samanya..gulai daging & ayam masak merah mcm wajib plak..sebelum cuti aku teringin sgt nk mkan nasi knduri kawin,ha skrng rs x mau dh...ntah bp kg la berat aku naik dlm cuti sekolah ni......

Sunday, May 31, 2009

Cuti sekolah.....

Jumaat ( 29 mei 09 ) bermula la cuti sekolah bg cikgu2 dan cikgi2 serta murid2 sekolah....tp aku bru je ptg td ( ahad - 31 mei 09 ) bru smpai kg..sbbnya ada kelas tambahan kt sekolah...mula2 ni aku balik umah mertua aku dulu..mnggu depan bru balik umah aku...cuti kn 2 minggu,,jd bahagi 2 dapat seminggu umah mertua dan seminggu umah aku...adil tak????hehehehehe.....bnyak gak aku dapat undangan perkahwinan sepanjang cuti sekolah ni.....kawin...kawin...kawin....

Saturday, April 4, 2009

Penat & Letih.....

Sedar tak sedar dh pun masuk bulan April..Rasa macam cepat je masa berlalu skrng ni....Disebabkan kesibukan kerja sampai aku pun tak sedar yang skrng ni dh masuk bulan April. Bermula Rabu smpai Jumaat lepas sk dan smk daerah rompin berkampung di seri rompin utk kejohana bola baling mssm rompin 2009.Aku plak ditugaskan dibahagian taknikal & pertandingan,jdnya aku kena berada di padang dr pg sampai ke petang la....aduhh tu yg penat dan letihnya....hari ni ( sabtu ) bru boleh rehat dan tido lama ckit kebetulan plak budak2 asrama semua balik kampung...berbalik pd keputusan bola baling pasukan lelaki seri rompin dapat no 3 dan pasukan perempuan seri rompin dapat no 2,seramai 3 orng pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki telah terpilih utk mewakili daerah ke kejohanan baling peringkat negeri pahang yang akan berlangsung di kuala lipis bulan mei nanti....Jadinya tahniah untuk semua warga SMK SERI ROMPIN......

Thursday, March 19, 2009

PTK dan Cuti Sekolah

Cuti sekolah dh nak abis pun.Kejap je rasa cuti kali ni.Sbbnya aku kena balik awal ke rompin ada exam PTK.Sempat la balik 2 hari umah aku dan 2 hari umah mertua aku.Rabu dh balik rompin.Sampai dalam kol 8 malam.Sambil2 tgk tv belek kejap buku PTK utk exam esoknya ( belek je ye tak baca pun ).'
Pagi nak p exam PTK hujan terun dgn lebatnya.Mcm ada rahmat ni.Ni adalah kali kedua aku ambil PTK." Baru 2 kali relax r,tgk mcm aku ni dh 6 kali ambik PTK ni ( kata salah sorng kawan aku ).Berbalik pd soalan PTK,nak kata susah tak senang pun tak.Jawapan sume dh diberi cuma pilih je la....Apa2 pun tunggu result je la nt....

Saturday, March 7, 2009

Akhirnya sejarah tercipta.....

Dh lama rsnya aku x update blog ni.Sibuk la katakan....Sekarang bru relax sikit bila dh abis kejohanan bola jaring peringkat negeri yg berlangsung di daerah rompin ni 2 minggu lepas.Cerita pasal bola jaring,nak bg tau kt cni pasukan bola jaring bawah 15 rompin telah mendapat johan... Inilah yang dikatakan sejarah tercipta sbb seblum ni rompin mmg x pernah menang pun.Jadi banggalah aku sebagai jurulatihnya ( cee wahhh )......

Saturday, February 7, 2009

Sekolahku johan netball.....

bawah 15 tahun
bawah 18 tahun
Alhamdulillah....setelah hampir 2 minggu berlatih akhirnya pasukan netball sekolah bawah 15 tahun smk seri rompin berjaya mengekalkan kejuaraan 2008 dan pasukan bawah 18 mendapat naib johan...jd budak2 smk seri rompin ni terpilih untuk mewakili daerah rompin di peringkat negeri plak....mereka akan digabungkan dengan sek2 lain dalam daerah rompin ni yang turut berjaya......bagi pasukan bawah 18 ni kira ok la sbb tahun 2008 pasukan ni terkeluar di peringkat kumpulan lg....mungkin minggu depan akan bermula pula latihan pusat untuk pasukan netball daerah rompin....nampaknya x sempat cerah la kulit muka aku ni....hehehehehehe....tahun lepas peringkat negeri di Maran,dapat la aku berjalan tp tahun ni giliran rompin jadi tuan rumah..nampaknya x dak peluang la aku nak jalan jauh.....apa2 pun tahniah untuk semua terutamanya jurulatih- juruletih serta pemain-pemain....
Untuk semua pemain tak sia-sia la awak tinggal kelas dan berlatih dr pagi sampai ke tengah hari dan disambung lg sebelah petangnya lagi.....seri rompin memang hebat la..... CEMERLANG DUNIA AKHIRAT......